Baru-baru ni saya beli domain baru http://gameornot.net untuk portal game online yang dah tentu hanya memuatkan game kegemaran saya sahaja :p
Servis khidmat pelanggan mereka memang macam ni!
Kenapa saya cakap macam tu? Pasal dah 2 syarikat hosting saya gunakan khidmat mereka, tetapi kesemuanya mengambil ribuan tahun cahaya untuk mendapat bantuan teknikal yang mana akhirnya saya selesaikan dengan teknik biasa: “google up”.
Berbeza dengan Game Freak, baru je hantar tak sampai 15 minit, dah dapat balasan, dalam sejam je masalah dah selesai. Bak kata orang putih celup di tengah KL: “Best giler!”
Tags for this article: best , boleh harap , hosting
[?]Selamat menyambut Eidulfitri buat semua rakan yang bergama Islam.
Sambutan Eidulfitri bila dah dewasa rasanya tak semeriah di zaman kanak-kanak. Cuma yang tinggal, seronok bila saudara-mara dan rakan-rakan dari jauh datang bertandang, berbual mengenai kenangan silam. Dan sudah tentu, memberi duit raya kepada sepupu dan anak buah yang comel-lote dengan pelbagai karenah sedikit sebanyak mengukir senyuman dan meninggalkan kenangan menarik sekalipun wang berkurang sedikit bulan ini.
Tak ada apa lagi nak isi dalam post kali ni. Jemput layan 2 lagu nostalgia pilihan:
http://www.youtube.com/watch?v=pNHJxvxUY8A&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=kTG_vmXkIm4&feature=related
Tags for this article: eidulfitri , hari raya
[?]Lucu mengikut pandangan saya. Sedang asyik membelek e-mail, tiba-tiba terpandang iklan google yang membuatkan saya tertawa terdekah-terdekah di hujung bulan Ramadan ini. Banyak cerita pun tak guna, saya terus ambil screenshot untuk anda semua tengok sendiri:
Ya..begitulah kiranya iklan tersebut. Perkara sebegini biasanya jarang diperbualkan, melainkan dikalangan mereka yang dah berkahwin. Itu pun bukan semua tahu.
Kalau nak baca lebih lanjut, sila ke iklan tersebut di http://tinyurl.com/3fonss. Agak membuka minda bagi yang tidak tahu langsug mengenai topik ini. Anda akan hampa jika mengharapkan gambar-gambar “terlampau”.
Salam lebaran buat rakan semua.
Tags for this article: iklan lucu
[?]Tak boleh masuk internet? Cuba:
ethtool eth0
*Jika menggunakan network card pertama.
Kalau mesej dari “ethtool eth0″ mengatakan tak ada sambungan walaupun sambungan fizikal nampak OK:
ifconfig eth0 192.168.1.11 netmask 255.255.255.0 up*Jika IP yang ingin digunakan adalah berada dalam netmask 255.255.255.0 dan IP pilihan adalah 192.168.1.11
route add default gw 192.168.1.1
*Jika alamat gateway anda adalah 192.168.1.1
1 2 | ifconfig eth0
ethtool eth0 |
Tags for this article: periksa sambungan jaringan , troubleshoot network connection
[?]Rupanya sekarang dah boleh bayar zakat fitrah melalui SMS (mendapat kelulusan dari Majlis Fatwa Negeri Selangor) untuk pengguna pasca-bayar dan prabayar Celcom (buat masa ni).
Cuma taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 21999. Seterunya akan disusuli dengan akad secara SMS.
Maklumat lanjut: http://www.e-zakat.com.my/baru/sistem/berita2/baca.asp?idno=626
Tags for this article: sms , zakat
[?]Dijalankan pada Lenny dan menggunakan installer VMPlayer versi 2.0.5

Jika anda dapat error seperti berikut semasa proses install VMPlayer
Your kernel was built with “gcc” version “4.1.3″, while you are trying to use
“/usr/bin/gcc” version “4.2.4″. This configuration is not recommended and
VMware Player may crash if you’ll continue. Please try to use exactly same
compiler as one used for building your kernel. Do you want to go with compiler
“/usr/bin/gcc” version “4.2.4″ anyway? [no]
Anda cuma perlu taip
export CC=/usr/bin/gcc-4.1
untuk jadikan gcc-4.1 sebagai compiler C utama sistem anda untuk melicinkan proses install VMPlayer.
Lepas tu ulang semula proses install VMPlayer.
Tags for this article: gcc , lenny , vmplayer
[?]Saya tertarik dengan ucapan Richard Chen, Pengurus Produk dari Syarikat ASUS, Taiwan semalam semasa pelancaran ASUS Complete Server di The Ritz-Carlton, K.L. Beliau menceritakan mengenai semangat Gong-ho yang dipetik dari Bahasa Mandarin yang membawa makna “common-wealth” yang juga bermaksud kerjasama di dalam suatu pekerjaan.

Menurut beliau Gung-ho berteraskan dari konsep 3 haiwan iaitu tupai yang bekerja hanya untuk perkara-perkara yang menguntungkan (mengumpul stok makanan menjelang musim sejuk), beaver yang melakukan kerja hanya termampu mengikut prosidur hingga berjaya dan angsa yang terbang di dalam formasi V.
Apa yang menarik mengenai formasi V angsa tersebut, ketua yang berada pada bahagian hadapan akan menerima tekanan yang lebih dari yang di belakang. Angsa-angsa yang dibelakang pula akan memberikan galakan kepada ketua mereka. Apabila ketua ini sudah keletihan, yang lain pula akan menggantikannya dan meneruskan galakan kepada ketua yang baru. Inilah yang sikap yang pada pandangan saya perlu ada pada setiap organisasi dan ahli masyarakat kita.
*Menurut kajian, formasi V membolehkan angsa-angsa tersebut melungsur di udara dan mengurangkan penggunaan tenaga berbanding penerbangan solo serta membantu meningkatkan penglihatan angsa yang terbatas dengan berkomunikasi sesama ahli kumpulan. Inilah dia semangat berpasukan sejati.
Tags for this article: gung-ho
[?]*Kali ni tak ada kena mengena dengan Linux
APS Corner (bawah bilik sewa), boleh je diorang buat bodoh bila saya panggil untuk order makanan.
Restoran Aliff, seberang APS corner. Tak seteruk APS, tapi pekerja kurang mesra, duit 5 ringgit tercabik sikit pun reject. Nasib baik ada backup sikit. Dah la duit kertas paling besar bulan ni
Malas nak pergi dua-dua restoran tak guna ni. Ingat 5 ringgit murah ke. 2 jam kerja keras tu!!
Ni duit kasihan yang ditolak mentah-mentah dek keling tak guna tu. Ops…Terkasar bahasa pula. Bila hati dah marah (lagi-lagi bila dilanda masalah duit kewangan) macam tu la.

P/S: Keling= India muslim dalam dalam bahasa Melayu lama. Tapi dalam kes ni tak berapa pasti.
Tags for this article: kedai teruk
[?]Pastikan anda telah:
sudo apt-get install build-essential
Jika anda dapat error seperti berikut
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_3.4′ not found (required by /usr/lib/libcairo.so.2)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_4.2.0′ not found (required by /usr/lib/libstdc++.so.6)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_3.4′ not found (required by /usr/lib/libcairo.so.2)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_4.2.0′ not found (required by /usr/lib/libstdc++.so.6)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_3.4′ not found (required by /usr/lib/libcairo.so.2)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_4.2.0′ not found (required by /usr/lib/libstdc++.so.6)
umarzuki@umarzuki-desktop:~/vmware-server-distrib$ sudo ln -sf /lib/libgcc_s.so.1 /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1
Anda cuma perlu buat taip
sudo ln -sf /lib/libgcc_s.so.1 /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1
Tags for this article: 8.04 , vmware server
[?]
/etc/yum.repos.d/CentOS-Base.repo
dan tukar bahagian [base] ke
1 2 3 4 5 | [base] name=CentOS-$releasever - Base #mirrorlist=http://mirrorlist.centos.org/?release=$releasever&arch=$basearch&repo=os baseurl=http://mirror.oscc.org.my/centos/$releasever/os/$basearch/ gpgcheck=1 gpgkey=http://mirror.oscc.org.my/centos/RPM-GPG-KEY-centos4 priority=1 protect=1 |
yum check-update
*Tukar versi CentOS kepada yang ada sedang gunakan.
Tags for this article: centos repo , oscc
[?]